Pelan takaful

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Memperkenalkan Takaful Malaysia Mygenlife All in One Medical Card yang merangkumi Pelaburan, Simpanan, dan Perlindungan untuk anda.

Takaful Malaysia Mygenlife melayakkan anda mendapat potongan cukai sehingga RM3,000.00, menyediakan lebih 100 hospital panel dan jaminan perubatan sehinggaRM2 juta!!.

Dengan myGen Medic, anda bukan hanya mendapat manfaat dan perlindungan dari segi perubatan sahaja, malah anda mendapat keistimewaan yang akan dinyatakan di bawah.


Tuesday, May 14, 2013

Jenis-jenis Kontrak Muamalat dalam industri Takaful

Tabarru'

bermaksud menderma atau memberi hakmilik secara percuma. Setiap perserta yang ingin mendapat perlindungan takaful mestilah dengan niat yang ikhlas menyumbang(tabarrur') sebahagian tertentu dari sumbangan bagi membantu peserta lain yang menghadapi musibah.

Mudharabah

merupakan kontrak perkongsian yang mana modal daripada satu pihak dan usaha dari pihak yang lain. Ia melibatkan pemodal dan pengusaha. Usaha pula melibatkan pengemblengan sebahagian tertentu sumbangan atau caruman dalam aktiviti pelaburan.

Wakalah

bermaksud penyerahan tanggungjawab pada seorang wakil dengan lafaz tertentu agar wakil itu menguruskan segala tanggungjawab yang diwakilkan.

Qardh Hasan

merupakan pinjaman kebajikan di mana peminjam hanya perlu membayar sejumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa apa-apa bayaran tambahan.

Hibah

bermaksud memberi milik sesuatu barangan kepada seseorang. 

No comments:

Post a Comment